.WELCOME


.mood .


Thank you thank you thank you! :D .

Saturday, August 13, 2011

Diam penyembuh luka.




Perlu belajar untuk kurangkan bercakap.
Biasanya, bila dah bukak mulut, berapa peratus je yang baik, yang memberi manfaat? siapa mahu 'bet'?

-
-
-
-
Di rumah. Tenang.
Tenang melihat dan mendengar gelak tawa si adik kecil, yang banyak berceloteh.
Melihat ibu yang memasak pelbagai juadah sempena berbuka dan bersahur.

Aku? Aku cuba mengawal rasa marah terhadap adik-adik yang nakal. Ingatkan kepada diri, "aku sedang berpuasa''.
Jika marah ketika berdiri, cuba duduk. Jika masih marah, baring. Jika amarah masih berbaki, istighfar.
Jika iman masih da'if ketika itu, solat. nescaya hati tenang :)


Persoalan tentang diri, keluarga adik - beradik tiri, yang lama kusut di hati, aku biarkan sahaja mengikut aturan-Nya.
Dia Maha Tahu . Dia Maha Penyayang memberikanmu ujian. :')
Kadang-kadang, tangisan itu berharga jika menyedarkan kita kemudian hari.

Aku meminta pada-Nya. Lalu menyelak surat cinta-Nya. 1001 persoalan terungkap :')

Aku diam seribu bahasa.

 Ada masa apabila hanya diam mampu melenyapkan segala.

Juma, model saya :)
P.s: Tuhan melukiskan langit subuh. Gelap. Kadang-kadang, hujan.





Sila LIKE! XD

No comments: