.WELCOME


.mood .


Thank you thank you thank you! :D .

Saturday, November 20, 2010

Fenomena TV dan Berita Terkini .





Cerita Wakenabeb memang kelakar dan menghiburkan. Tapi, itu lah. Senang sangat nak tergoda dengan rancangan murah. Ya, aku sendiri. Secara jujurnya, aku yang banyak menghabiskan masa depan televisyen. Al-maklum la dah lama sangat tak tengok tv. Boring sangat. Kalau di hostel nanti, sudah tentulah ‘movie’ sahaja yang boleh menghabiskan waktu lapang. Lepas tu, alih-alih, habis waktu begitu sahaja. Ni ada lagi satu cara yang aku rasa boleh habiskan duit mak bapak.  Sambil aku duduk di atas sofa dan menonton tv, terbaca jugak kata-kata dekat bawah tu:

‘’b, cyg syg b..i love u soo much!”

“syg dah bangun tak? Bangun la cepat, baby dah rindu ni.’’

Hoiiiiiiii. Berbulu aku baca! Haha! Kalau nak sangat, tak payah nak tunjuk dekat tv, lepas tu semua orang baca. Okay adik-adik? Hahahha. Mak  nak tergelak la nyah! Hehe.
Kalau golongan penghabis duit ni, mungkin kita boleh suruh mereka taip “GATAL’’, dan hantar ke 999. Hehe. insyaAllah ada yang datang selamatkan awak. Haha. Lagipun mahal rasanya hantar dekat tv tu. Sekurang-kurangnya, 50 sen per sms. Mahal ok? Dah tahu kalian satu Malaysia, sila la mesej je. Partner kau bukan boleh baca pun dekat tv tuh. Dia kan belum bangun. Haha. XD


Selain itu, disebabkan saya banyak menonton tv sekarang, saya selaku remaja IPTA yang kurang menghabiskan masa depan tv, (acecehh), memang  la susah sikit nak tahu berita terkini ni. Berita yang terbaru ialah tentang politik di Malaysia. Memang lah terasa ‘’silly’’ dengan situasi dewasa ini. Pemimpin bergaduh sesama sendiri. Apa kata rakyat yang terlopong melihat kalian? :O 
Remaja yang akan melangkah ke zaman kepimpinan di masa hadapan juga mungkin tidak berminat untuk terlibat dalam hal begini. Dunia akhir zaman.   -___-‘

Ketiga, saya rasa dunia sekarang banyak terlibat dengan dunia syirik. Contoh, kes dekat Tumpat (kalau tak silap), ada seorang bomoh yang berusia 18 tahun yang boleh memukau orang, termasuk orang tua dan kanak-kanak.  Selain itu, beliau juga yang di anggap sebagai ‘bomoh’ dikatakan menari Mak Yong atas kubur. (gila tak?) :O


Bisik-bisik:  Ada guna jugak tengok tv. Siapa cakap salah?




Sejak kecil lagi saya menonton tv. *geleng kepala sebab banyak
sangat yang melalaikan.* -Tak reti pilih program. hehe


Sila LIKE! XD

No comments: