.WELCOME


.mood .


Thank you thank you thank you! :D .

Saturday, November 20, 2010

. Warkah untuk Ibu .




Ibu, suatu masa dahulu, aku pernah menjadi nakal. Aku pernah menyakiti hatimu. Sekarang, apabila aku kesepian, aku inginkan mu. Aku rindu, Bu. Dulu ibu pernah cakap, suruh belajar rajin-rajin, bukan? Sekarang, hati aku membungkam dan penuh perasaan rindu, Bu. Rindu dengan nasihat-nasihat mu.Terkadang, aku terfikir jika aku mampu memberikan ibu sinar kebahagiaan demi kejayaaan ku. Terkadang, emosi aku melebihi waras ku, Bu. Ibu, aku rindu. Aku rindu apabila setiap malam, ibu akan membersihkan dan mengemas tempat tidur kami adik beradik, sebelum tidur. Ibu akan menseterika setiap helai baju kami. Ibu akan membasuh baju kami sehingga langsung tiada kuman yang boleh hinggap. Bersih, Bu. Kosong. Ibu, sekarang, baju kami tidak berbau kasih sayang lagi. Mungkin Downy, mungkin Daia, tapi langsung tiada kasih sayang ibu yang melekat pada baju. Ibu, kami rindu. Setiap kali melihat orang lain mendakap ibu mereka, kami rindu. Adik-adik, kak long juga rindu. Kami rindukan ibu tatkala setiap peristiwa mengingatkan kami pada Ibu. Ketika itu, aku pernah menjadi kurang ajar dengan ibu. Ibu meminta aku solat, aku pernah ponteng. Aku pernah tinggikan suara depan ibu. Aku pernah memarahi ibu jika ibu  lambat mengambil aku dari sekolah. Ketika itu, aku masih di bangku sekolah rendah. Ibu, maaafkan aku di usia kecil ku. Aku belum reti mengucap terima kasih dan ‘’sayang ibu sangat-sangat’’. Ibu, kami rindukan mu dengan sikap lemah-lembut mu. Kami rindukan ibu yang membersihkan rumah, menyapu sebelum ibu pergi kerja. Ibu pernah memasakkan aku belalang goreng. Ketika itu, aku gembira. Ialu aku membawa bekal ke sekolah. ibu, lihatlah. Aku memang suka jika ibu tidak bekerja, dan hanya memasak untuk kami. Kami ‘’demand’’ kan Bu? Ketika itu, aku darjah dua. Aku suka dan gembira jika pulang, ibu setia menunggu di rumah. Ibu, aku rindu tatkala ibu senyum dengan penuh kemanisan seorang ibu jika aku bangun dari tidur dan menyapa, ‘’eh, anak Mama  dah bangun?’’. Ibu, aku rindu saat ituuuuuuuuuuu.... :’(

Ibu, mungkin keyboard ini sudah penuh dengan air mata. Aku rindu. Aku tahu engkau disana bahagia. Semoga Ibu beroleh syurga. Semoga kami anak-anak mu tidak melupakan mu, Bu.
Al-fatihah.

Perubahan watak:

Ibu = Mama / Ma.

p.s: aku lupa tarikh ibu pergi meninggalkan kami, kerana aku tidak mahu bersedih jika tarikh itu berulang  setiap tahun. :’(
mahu jadi kecil balik dan Mama ada di sisi. (T_______T)



Sila LIKE! XD

3 comments:

miSs Hazzi said...

we're on the same boat, cuma ibu di tukar menjadi ayah..

tarikh dan segala yang berkaitan dgnnya susah untuk di lupakan..rasanya memg dah terpateri kat dalam hati ni..

mgkin ade hikmah hkmahnya awk tak ingt date, so tak payah la nak ingat time tiba date tu jer.. bila2 n setiap masa kita patut ingat n doakan mereka kan?

la tahzan k..

jom kita doa semoga Allah merahmati ibu bapa kita..:) amin

nusaibah said...

Allah,
ampunkanlah dosa kedua ibu bapa ku,
kasihanilah mereka sepertimana mereka mengasihani kami sejak kecil.

Thnkyou k.sara for this post.
Mengingatkn kami yg leka & lalai
& take for granted for things we have arnd us.

Sarah_Saadi said...

izzah: thanks so much. ya, sama2 berdoa agar mereka ditempatkan di kalangan orang yg beriman. :)

nusaibah: sama2. just be grateful. and i myself is still need to be grateful for still having a father. :) appreciate 'em as long as they are still alive. :)