.WELCOME


.mood .


Thank you thank you thank you! :D .

Tuesday, November 23, 2010

Childhood stories! :D :D

Saya sebenarnya sangat bosan sekarang ni. Tadi dapat international calls :P and guess what? Sekejap je cakap, below than half an hour. LOL. Sekejap sangat kan? Haha. Okay kids. Now, we are going to tell something about our past memories, which is our childhood time. I tell you what. This is is going to be fun. Maybe you can share with me too. Korang mesti ada zaman kanak-kanak yang korang rasa cam bes dan kelakar, bukan? Contoh. Okay, contohnya waktu kecik dulu aku pernah terfikir yang aku sebenarnya TAKKAN dapat menguasai Bahasa Inggeris. Aku ingat lagi waktu Mama aku masih hidup. Waktu tu, aku darjah 5 tak silap. Cikgu bagi kerja rumah yakni, exercise English dalam buku latihan. Aku punya la cakap dekat diri: ‘’ishh, camane eh Mama dapat jawab ni?’’

p.s: English tu kan bukan bahasa kita. Lagi-lagi la pelik bila dok kecek kelate jahh. Hahaha.
 walaupun tu dah memang la mak aku dapat jawab kan? Sebab mak aku dulu pandai jugak. Die kerja dekat wisma. (eh ape kaitan entah. Haha.) Emm aku sebenarnye tak banyak sangat benda yang aku ingat, pasal zaman kegemilangan kanak-kanak 90’s . Hehe. Aku kan pelupa. Haha. *ketuk kepala* eh tak baik ketuk kepala sendiri.

Haaa okay okay, dah ingat dah lepas ketukan magic. Ada satu benda ni. Masa tu, aku dalam darjah 3 kot. Dan still sebelum darjah 6. Sebab darjah 6 dah kira mature la kan? (acecehhh). Untuk pengetahuan korang, bacaan al-quran yang aku kuasai sekarang yang ada SIKIT ni hasil dari didikan Mama aku. So, waktu tu, Mama aku kena paksa aku ngan adik aku; Syahir, mengaji al-Quran. Bila malas, mula la mama aku berkomplot dengan ayah. Ayah tunggu kat luar, dekat dinding rumah, dekat tingkap, nak ketuk dinding bagi adik aku takut. (bersungguh betul ayah aku kan?? Hahaha.) Pastu kan, punya la dia berkomplot dengan Mama.  Dialog:

CERITA PERTAMA

Mama: Abang kenapa tak nak mengaji? (adik aku dipanggil Abang)
Adik: Malas la Mama...  *mulut muncung*
Mama: Eh, kalau tak mengaji, nanti hantu kacau. (pandai je Mama) -__-‘
Adik: Alaaaa. Tak pooon. *mulut muncung seinci lagi*

*tiba2 dengar orang ketuk dinding bilik rumah. Sebab mengaji dalam bilik. Dinding pulak kayu.*
Sape punya kerja?? –BAPAK;  SAADI BIN HUSSIN. Hahaha.

Adik: Mama, bunyi apa tu??? *muka takut*
Mama: haa, dengar tuh? Tengok Kak Ngah (aku), dia mengaji, hantu tak nak kacau dia. *bangga aku* :D
Adik : Kalau macam tu, abang  tak nak hantu kacau jugak. Abang kena mengaji lah kan Mama kan?
Mama: Ha’ah, mengaji dulu baru dia tak kacau. Okay, jom mengaji
*dialog aku sendiri. :D

-          See? Kan dah diperbodohkan dengan ketukan hantu ayah aku dari luar rumah. Komplot sejati dengan Mama. Nyaahahahaha~


CERITA KEDUA

Cerita ni adalah antara aku dengan kawan-kawan. Korang pernah tak buat ‘pertukaran darah’? Tak ape. Ni bukan kena suntik macam ‘doktor sendiri’ tuh. Ni yang memang ‘tukar darah’ secara kecil-kecilan dan tidak membawa mudarat kepada diri. Haha

Perbualan Sarah dan rakan-rakan:

Aku: awak, kenapa langgar kepala saya?
Kawan : alaah tapi tadi awak langgar saya dulu. Kita dah tertukar darah kan? T_T
Aku: eh okay okay, kena tukar darah balik.sekarang.
*HANTUK KEPALA dengan kawan sebab kawan terus setuju* (?????)
Kawan: *tersenyum girang dan berpuas hati setelah  tukar darah. Yaaaayyy! T____T

Hah,adik adik zaman sekarang ada lagi ke yang ‘tukar darah’ camni? Hahaha. Tak kot. Aku rasa kanak-kanak zaman sekarang tak sebodoh dh bijak sebab diorang ada internet, buku teks pakai cd je, dan macam-macam lagi. Mestilah diorang banyak pengetahuan sains bukan?
Wahahhaa. Tak lah macam aku orang zaman 90’s tuu :P


CERITA KETIGA

Waktu tu, Mama jumpa buku jawi aku. Aku sekolah ABIM waktu kecil. Jadi, dah biasa la tulis Jawi dan Arab sejak kecik.

Mama: ehh, lawanyeeee tulisan Kak Ngah...! *impressed + nak tipu* T__T
Aku : *muka bangga serius tak tipu langsung bangga.*
Mama: kalau tulisan kak ngah dengan kak nor. (merangkap jiran sebelah rumah yang waktu tu form3, kami terjumpa buku dia. Terus mama kata tulisan aku lagi lawa.
Rupanya mama nak menganjing dekat aku. Niat dia nak aku cantikkan tulisan aku gamaknye. )Oh! T___T
-sambungan-
Aku: ooo ye eh Mamaaaa... *senyum sampai telinga, dan percaya yang tulisan aku sangat cantik, bahawa tulisan budak darjah 3 sama tahap  dengan tulisan kakak form3* T_____T

Kalau nak cerita, memang banyak sangat la tahap ‘kebodohan’ aku zaman kegelapan masa kanak-kanak ribena duluh. Hehe. So, hanya zaman sekarang, bila dah baligh besar, barulah tahu yang aku rupanya ada sedikit sebanyak ditipu oleh orang tua ku. Naaah. Aku buat benda sama jugak dekat adik aku yang umur 4 tahun sekarang nih. Hahaha.
*evil laugh*

Okay, done with these three silly stories..  -__-‘’ Share with me if you have some., J  Boleh? XD


Sila LIKE! XD

No comments: