.WELCOME


.mood .


Thank you thank you thank you! :D .

Thursday, May 13, 2010

Kipas Susah Mati Adamaya! (:



Assalamualaikum..

ni mode insaf selepas tgk Adamaya petang tadi.*kesat air mata dengan tisu Premier*
ni bukan nak cerita atau bagi sinopsis kat korang pasal siapakah mamat
hensem yang berlakon dalam cerita tu.
tapi, nak kongsi tentang ape yang saya dapat ambil iktibar.
yang pasti, setiap cerita yang kita tengok, mesti ada
pengajaran dan mesej kan?

nak tahu ape? okaylah. dari pemerhatian saya,
(bukanlah kajian saintifik sangat),
antaranya adalah seperti berikut:

pertama, cerita ini memberitahu kita agar suami tak boleh derhaka kat isteri.
eh, tak tak.tapi, isteri tak boleh derhaka dekat suami.
dialog Maya kepada Dani:
'i nak mintak maaf sangat. you tolong lepaskan i. i sedar yang i memang
isteri yang derhaka, ibu yang tak guna'.
(korang sila bayangkan aku jadi Lisa tu.) ;p
ceewah! aku ingat dialog tuu.
nanti boleh la berlakon dengan adam hensem kan?

kedua, cerita ni mengajar kita agar belajar menerima hakikat.
dalam Islam pun ajar yang setiap muslim kena
menerima Qada' dan Qadar, kan?
haa.,,itu sebablah ramai sangat orang yang membunuh diri.
tapi, kebanyakannya bukan Islam(muslim pun ada),
sebab MUNGKIN belum jumpe ketenangan sejati dengan
mengenali tuhan yang sebenar; Allah Azza Wajalla.
jap apa kaitannya?
oh ye..ni sebab si Dani tu tak boleh nak menerima hakikat
yang dia dengn maya tak ada jodoh.
apakah? wake up bro! hidup masih panjang.
kumbang bukan seekor. (erk?)


ketiga, cerita Adamaya mengajar kita agar bertolak ansur.
contohnya, Adam tu sanggup bertolak ansur
(walaupun bini memang dah pijak atas kepala),
masih lagi bagi peluang lagi dan lagi.

nasihat: kaw tak boleh baik sangat.tapi saya admire watak Adam
sebab tak ikut emosi.kalau orang lain, sah dah jadi
macam Dani yang gila talak!

keempat, cerita ini mengajar kita
agar menyayangi anak dengan sepenuh hati.
comtohnya, Adam. (asal yang baik, semua kaw bagi Adam, Sarah).
alaa,,saya bukan nak sangkal apa pun, tapi sebabnya,
adam ni memang terpancar kasih sayang dia terhadap Amani.

kelima, (ni last la ek?haha),
kita kena membantu kawan ketika susah dan senang.
contohnya, macam Sarah. okay, saya ulang dua kali, Sarah. dengar tak? SARAH.
memanglaa Sarah ni baik gila kan? sebab sanggup lagi
bermaafan dengan Maya, yang pernah marah dia sebab
Sarah pernah tegur Maya yang selalu keluar dengan Dani.
(asal Sarah je baik). *senyum kambing* blogger-emoticon.blogspot.com


okaylah, dah cukup la kot saya jadi reporter tak bergaji
untuk cerita Adamaya.
tapi yang pasti, mesti ramai penonton yang
menangis tengok Maya minta maaf dengan Adam kan?
huaaa.. aku memang dah ready dengan tuala Mydin,
tisu Premier dan sebiji baldi.
wahh, cun! memang betul la kau bleh terus perah air mata kaw
dalam baldi dan tak perlu bergegas ke bilik air.
hahak! ;pblogger-emoticon.blogspot.com


ye, aku kipas susah mati cerita Adamaya.
''die hard fan?'' -___-
anda bagaimana?
eleh.orang kat Mesir pun sanggup tengok online.
tak payah tipu! huk2

p.s: Adam hensem, Maya lawa dan Amani comel!
ADAMAYA = THE SWEETEST STORY EVER!
Good job, malay movie!
it's awesome fantastic and terrific perfect.
thanks for the happy ending, mr.director!blogger-emoticon.blogspot.com


Sila LIKE! XD

2 comments:

♥♥eeyda♥♥ said...

eee.
sumpah best ok.
10 jari kasi angkat.
haha

Sarah_Saadi said...

hehehe..
mmg laa..bes gilak kan?
saya bagi 20 jari!!hehe
semua jari yg ada. :)