.WELCOME


.mood .


Thank you thank you thank you! :D .

Thursday, April 1, 2010

. Ujian . Detik cemas. Tabahkan hati ku ya Rabb .



:: adik ::

:: ask fOr Allah to be patient ::

Sesungguhnya ujian Allah akan menimpa kepada orang-orang yang terpilih.
Dan saya kali ini tidak terkecuali untuk menerima ujian tersebut.
Walaupun ianya amat sedih dan pedih, itulah pahit maung kehidupan.
Walhal dalam kehidupan seharian, kita juga menerima ujian.
Kadarnya adalah besar atau kecil, atau biasa.
Sekarang, di keheningan malam, saya ditemani makhluk-makhluk lain
di luar sana yang mengucap tasbih kepada Illahi,
hatta pokok atau daun yang bergoyang, mereka sedang berzikir.Saya percaya.
Ya, mereka bertasbih setiap masa. Bukanlah seperti manusia yang alpa dan leka
dengan duniawi. (ditujukan kepada diri sendiri terlebih dahulu)

Hari ini, saya menggunakan Bahasa Melayu kerana ini mungkin
lebih memberi impak yang maksimum pada saya, selaku bahasa ibunda.
Cerita atau lebih tepat ujian ini bermula petang tadi.
(sekarang: 1.15am di Malaysia).

Lebih kurang jam lima petang, saya tengah melayari Internet.
(Lihatlah, lekanya saya) T____T
Tiba-tiba, terdengar jeritan adik bongsu saya( bongsu sebelah mak kandung),
"kak ngah!!kak ngah!!cepaat!cepaat!"
Saya bingkas bangun dari katil yang menjadi meja serta tempat tidur,
terus berlalu ke bilik adik.
Saya melihat baju beliau dipenuhi darah macam orang kemalangan.
Waktu tu air mata saya mencurah2 keluar dan nangis macam orang separuh sedar,
sambil tangan membawa adik ke bilik air, dengan niat ingin mencuci luka beliau.
Lalu, mata saya terpaku melihat luka di kepalanya yang lagi banyak mengeluarkan darah.
Waktu itu, saya dah kelam kabut.
Cepat2 tangan saya mencari telefon.
Namun, disebabkan mata yang kabur dengan air mata, tangan saya kehilangan idea dimana
telefon bimbit saya. Ya Allah,,, benar2 menguji ketabahan saya.
Saya bimbang jika beliau kehilangan banyak darah di kepala. Bahaya.
Boleh mati. T___T
Lalu, tangan saya mencari kain baju kurung di dalam bakul, lalu membalut kepala beliau
untuk menghentikan darah tersebut.


Ketika mana telefon diletakkan di telinga, mulut saya tidak dapat bertutur dengan baik, dan menberitahu ayah apa yang sedang berlaku.
Dengan sebak dan tercungap-cungap, ayah dapat mengagak insiden apa yang berlaku.
Sesuatu yang buruk berlaku dirumah.
Waktu itu, saya dapat mengagak kelajuan ayah memecut kereta NAZA Citranya.

Sampai sahaja dirumah, kami berdua sudah bersiap siaga untuk ke klinik.
Saya cakap, "abah pergi klinik yang terdekat dekat Pasir Tumbuh ni dulu.
Klinik Fattah dan Abdullah."

Namun, terdetik di hati untuk gelak kecil kerana saya membuka pintu bilik doktor dengan cemas, dan ketika itu, kelihatan roti canai di atas meja doktor.
(doktor baru nak menjamu selera). :P
Ketika itu juga, saya berasa bangga dan terharu dengan kerjaya sebagai seorang doktor- membantu orang tanpa mengira masa.
Apa yang saya perasan, hampir tiga sarung tangan yang ditukar oleh doktor lelaki tersebut,
kerana darah adik yang terlalu banyak mengalir.
Masa itu, saya dapat mengagak, mata saya agak sembab dan bengkak kerana
saya yang lagi banyak mengeluarkan air mata berbanding orang sakit. :P

Namun, Alhamdulillah adik saya telah selamat tiba di rumah dan tidak menetap di wad.
Mungkin kondisinya stabil dan tidak kritikal. ALHAMDULILLAH.
saya juga berpengalaman melihat kepala beliau dijahit dan
melihat bagaimana doktor serta jururawat di situ melakukan kerja.
*saya mendapat keyakinan diri yang magis sekarang jika terpaksa
menghadapi sebarang pembedahan.sebab adik cakap tak sakit."
:)
Saya tahu saya bukanlah kakak yang baik, tapi beliau juga
merupakan darah daging saya.
Walaupun kami bergaduh hampir setiap masa,
hati ini tetap mendoakan kesejahteraan adik-adik saya serta keluarga tercinta.
Hikmahnya ada bagi setiap ujian. InsyaAllah.



Sekarang, HUSM telah menjadi rumah kedua saya.
Minggu ini, sudah dua kali saya berulang alik ke hospital.
(kes dirahsiakan)
InsyaALLAH, 1 Jun nanti, saya akan ke sana lagi. :)
Sekarang, saya tahu bagaimana prosedur untuk mendapatkan
rawatan. Termasuklah kes kecemasan tadi.
Terima kasih untuk semua kakitangan HUSM yang membantu.
=)
Tugas kalian amat mulia. Terima kasih banyak.

*Ah, kalaulah saya boleh memutar masa dan menukar bidang pengajian saya.hihi*
;D

p/s: Doakan yang terbaik untuk adik saya dan adik2 anda jua.
Semoga anda mendapat input yang berguna dengan entri kali ini.

Wassalam. Wallahu a'alam.







Sila LIKE! XD

No comments: