.WELCOME


.mood .


Thank you thank you thank you! :D .

Thursday, January 14, 2010

. Penggunaan kalimah Allah menyentuh sensitiviti umat Islam.




Versi Bahasa Melayu.

Baiklah. Di sini saya menegaskan bahawa tulisan saya ini adalah untuk mengubah diri saya kea rah penulisan bahasa melayu sepertimana kawan-kawan saya yang lain.hehe.
Nak tahu siapa? Imah, Fiza, Syed dan lain-lain. Nah, aku bagi kalian terkenal.huhu
Ya,saya cemburu! Opps..baru je salah taip “jeles” tadi.hehe



Apa yang berlegar diminda saya untuk diletakkan di “post” blog ini adalah berkaitan dengan majlis-majlis ilmu yang telah saya lalui dan alami beberapa minggu lepas. (yang terbaru ialah ceramah semalam disampaikan oleh Ustaz Zamri (yang sangat kelakar dan berilmu). Haa. Satu benda yang menarik minat saya untuk melangkah dari Mahallah Ummu Salmah ke Masjid Putra Nilai adalah kerana Ustazah atau Madam Isfadiah Dasuki selaku pensyarah saya untuk kelas IRK(Ilmu Wahyu).

Berkaitan dengan isu yang masih panas ibarat pisang goreng yang dijual di tepi2 jalan di sekitar Pantai Bachok di Kelantan.

Mengikut Ustaz Zamri, sememangnya penggunaan kalimah ALLAH sudah lama digunakan, yakni ketika Zaman Jahiliyah sebelum kedatangan Rasulullah dan kedatangan sinar Islam. Namun, umat Islam hari ini melatah dan sensitif terhadap isu ini kerana seolah- olah mengejek serta mempermainkan nama Islam. Atau, boleh kita bahasakan “ menjual” nama Islam dengan begitu mudah dan senang. Di mana martabat Islam? Di mana martabat umat Islam yang mengagungkan ALLAH yang esa? Saya amat beremosi ketika ini dek kerana para cendekiawan dan ilmuwan yang telah saya temui membuka minda saya agar lebih berfikiran dengan terbuka. Ya, nanti Sarah jadi macam katak di bawah tempurung. Hehe.

Saya masih teringat ketika mana saya “mencelah” jawapan yang diberikan oleh rakan sekelas saya ; Aisyah, ketika ditanya oleh Madam Azimah dalam kelas Linguistics. Beliau berkata, “I don’t mind if the term has been used widely, except our faith is still hold to ALLAH; God to Islam.”
Baiklah, terus terang saya katakan bahawa saya sangat beremosi dan hampir menitiskan air mata.
Sememangnya saya sangat beremosi. Maafkan saya. :’(
Baiklah., berbalik kepada cerita di dalam kelas tadi. Ya, saya dengan pantas mengangkat tangan untuk menambah apa yang telah dicakapkan oleh saudari kawan saya tadi.
I said, For me, the term is totally unfair to be used for all people, from all religions. That’ because, it is related to the faith of all Muslims. I mean, it would make people get confused between the One( Allah)and the usual God.” =.+

Baiklah. Mungkin saya boleh kaitkan dengan kajian yang telah saya pilih untuk BMW baru2 ini. Tajuk yang telah kami pilih ialah “ Perbezaan antara Islam dan Kristian.”
Jadi, amatlah benar sepertimana yang pernah dibangkitkan oleh sahabat atas katil saya, hehe, Wan Jumanatun Nailiah, bahawa Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat tidak bersetuju dan membangkang berkenaan isu ini kerana dibimbangi umat Islam akan mudah terkeliru. Bayangkan kalau kita ke “church” atau ke gereja hak milik agama Kristian. Bayangkan jika mereka membentangkan kain rentang di hadapan gereja yang bertulis “ Selamat datang ke rumah allah”. (saya menngunakan “allah”, dengan huruf kecil kerana tidak mahu kalimah tersebut berada di gereja.) Bayangkan jika ada manusia yang amat cetek pengetahuannya dan terkeliru dengan penggunaaan kalimah tersebut. Bayangkan. Sudah pasti semua ini akan membingungkan umat Islam yang amat cetek agamanya. Mungkin juga boleh membawa mereka kepada murtad. NAUZUBILLAHI MINZALIK. Mungkin contoh ini mampu membuka minda kita kepada kesan yang bakal dan berpotensi untuk kita hadapi di masa hadapan jika umat Islam tidak bangkit untuk menegakkan maruah agama. Maruah agama sememangnya maruah kita juga,bukan? Jika benar anda mengaku anda menganut agama Islam. Maafkan saya dengan kekesaran bahasa, tetapi saya juga insya-Allah bersama- sama memperbaiki diri. Insya-ALLAH.

bittaufiq wannajah :)


Sila LIKE! XD

No comments: