.WELCOME


.mood .


Thank you thank you thank you! :D .

Wednesday, August 24, 2011

Lima malam terakhir Ramadan. :(

Assalamualaikum pembuka bicara,
Bulan Ramadan penuh barakah,
Saya jarang post entri, apatah lagi baca,
Sebab internet slow, memang nak marah.

# pantun entah hape-hape. tapi ade aku kisah? hahaha

Ehem-ehem, okaylah. bukan ape ni. saje nak cakap, yang saya jarang post entri kat blog ni, sebab  line internet yang slow tu satu, lepas tu, laptop yang dipanggil 'sharing is caring' kan memang ANNOYING? haha. tapi, disebabkan bulan puasa ni, saya cuba lembutkan hati , tak nak marah, buang sifat kedekut dalam diri tu, dan bagi la laptop dan broadband ni dikongsi sama-sama adik-adik. sampai adik empat tahun pun addicted dengan game. sampai laptop saya jadi macam public phone yang kena masuk syiling tu, sampai keyboard pun hancur, sampai rosak 'enter', lepas tu, huruf 'N', lepas tu 'S', and so on, so on. haylaaa. memang sabar. sabar dan sabar. tengah sabar sampai bukak sem ni! alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. xD
*aceceeeh. peribahasa tiba-tiba kan? hahaha.

Oh by the way, tadi baru balik solat Subuh kat masjid. saya fikir, kalau sorang nak macam ni, memang tak jadi. if kat hostel la. cuba imagine, memang susah kot. maybe lepas sahur, terus tidur, dan bangun solat subuh pun subuh gajah dah.kalau bukan influence dari family :( Betul la orang kata, kawan tu jangan salah pilih. kena kawan yang pergi masjid, kita pun pergi masjid. kan? kata ayah, kalau kawan yang suka berjudi, kita pun at least tolong beli air kat dia untuk berjudi, walaupun kita tak berjudi. :( tu la contoh yang kita boleh samakan. semoga korang faham ye  macam mana nak cari kawan yang tarik kita ke syurga, dan bukan humban kita ke neraka.  :')
Sekarang ni, selagi kat rumah, memang mak dengan ayah saya ajak pergi masjid untuk solat berjemaah. jadi, nak tak nak, mmg kena berterima kasih dekat mama dan abah. sebab bagi saya tambah pahala. :) lagi satu, bila balik solat subuh, tertarik tengok ayah mengaji al-Quran, saya pun terjoin. Alhamdulillah.. thumma amin, thumma ammiiiinnn :)

islamiconcepts:

Image created by IslamiConcepts. Quote from Source
- the feeling like Allah comforting you when you read Quran. Alhamdulillah :')


Dan, sedar tak sedar, sekarang dah 25 Ramadan, sedih pulak rasanya :( sebab ramadan dah nak berlalu pergi *terfikir yang terleka ari tu ade fikir pasal baju raya nak cantik-cantik. patutnya, kena fikir nak baju raya sekadar nak amik sunat pakai pagi raya. itu yang betul. hmm

Ramadan dah hampir ke penghujungnya. nanti, kita bakal sambut Syawal pula. semoga ramadan kali ini adalah lebih baik dari sebelumnya, dan syawal kali ini disambut dengan penuh kesyukuran. (juga pesan kepada diri)  :)
Masjid pun saf dah makin pendek kan? Jadi, semoga kita tak menyumbang kepada pendeknya saf-saf tersebut. Semoga kita menjadi, antara orang yang cuba memanjangkan saf solat terawih. Kepada muslimat, jangan lupa rapatkan saf. cuba la tarik mak cik-mak cik veteran sekalipun, untuk solat rapat-rapat. panasa sikit jee.  cas-cas positif pun banyak dapat cas. insyaAllah :)



all the best. semoga masih mampu mengejar malam lailatul qadar. :)  wassalam 




Sila LIKE! XD

1 comment:

Anonymous said...

betol....betol...slalu g terawikh solat jemaah tapi saf tak rapat..ada lompong2...nak tarik2 dorng suruh rapat2, nanti marah pulak