.WELCOME


.mood .


Thank you thank you thank you! :D .

Thursday, June 9, 2011

Senafas hembusan cinta-Nya. :')

Apabila merenung langit illahi, aku perlu sedar bahawa hidup sendiri, mati sendiri, semuanya sendiri. Termasuklah menerima penebusnya di akhirat.
Perlu sedar bahawa hidup ini hanya persinggahan sebelum ke  alam abadi. 


Tuhan sekalian alam,
aku pinta agar kaki ini tidak penat melangkah mencari ilmu, hati ini tidak pernah mati, tangan ini tidak pernah tertinggal unutk menulis tinggalan para ulamak, dan telinga ini tidak pernah lekang dari mendengar kalimah-kalimah-Mu. Semoga semua nikmat-Mu digunakan dengan sebaiknya.

kadang-kadang, apabila melihat kembali kepada jam-jam dan minit-minit yang berlalu, hati ini gundah –gelana kerana  terfikirkan hati ini yang lebih banyak lalai daripada mengingati-Mu; dalam tidur, ketika bermonolog dan ketika bercakap dengan manusia. Hati ini sombong dengan-Mu, tatkala hanya sujud demi mencecah sejadah, dan bukan untuk meminta pertolongan dari-Mu. Sungguh sombong , bukan?


Jika boleh, aku ingin terbang jauh ke langit tinggi, dan melihat ke bawah, tentang apa yang manusia lakukan;  memusnahkan nikmat-nikmat Mu tanpa sedar. Semoga hati ini hidup kembali ya Tuhan.


Terkadang, hati masih terdetik dengan bisikan iman, tatkala syaitan berbisik ke arah jalan hitam. Aku sedar, sunnah manusia ialah suci bersih, dan bukanlah untuk mengotorinya. Terima kasih Tuhan, demi senafas hembusan dari-Mu yang menghidupkan jiwaku. Terima kasih untuk hati yang masih terdetik dengan cinta-Mu, dan terima kasih demi cinta yang tidak berbelah bagi ketika aku dilanda kedukaan. 


surat cinta dari-Mu sungguh putis dan indah :')




Sila LIKE! XD

No comments: