.WELCOME


.mood .


Thank you thank you thank you! :D .

Tuesday, November 2, 2010

.Tunggu Teduh Dulu :)


Assalamualaikum.
Saya baru usai membaca separuh buku hasil karya Faisal Tehrani- Tunggu Teduh Dulu. Maka, tiada apa yang pelik jika bahasa saya bertukar ke bahasa ibunda. :)
Tidak perlu menipu jika buku adalah suatu alat yang mampu mengubah hati hamba. Mungkin juga cinta hamba kepada Pencipta di langit. Cinta bukan sahaja cinta manusia yang sementara, tapi cinta Illahi yang bakal kita kecap di penghujung waktu. Ironinya apabila manusia berpaling tadah dari-Nya , ketika Dia sedang menantimu sujud di tikar sejadah. (pesanan untuk diri)


Ujian tuhan ada di mana-mana, bila-bila masa. Sesungguhnya, itulah yang perlu hamba selitkan di hati. Namun, hati saya juga penuh kekotoran, membuatkan, apabila ayatullah di hamparkan di bumi, saya kelam. Mungkin kelam dalam dosa dan noda. Kerja Tuhan siapa tahu. Kerana segala perancangan telah tertulis di Luh Mahfudz untuk setiap hamba. Maka, saya juga tidak terkecuali.

"Ya Tuhan, mekarkan cinta ini untuk-Mu. Kuatkan hati ku di kala banyak ujian menimpa. Mekarkan kekuatan nurani jika semua ini mampu menguatkan kami di hari muka. Ya Allah, kami banyak dosa. Bersihkan hati kami dari segala cinta duniawi. Hamba mohon. Kuatkan hati hamba yang mungkin sudah hitam, tatkala tidak menangis mengenangkan dosa sendiri." 
Ameeen...

maaf. tidak sempat "rotate".
ini meruapakan helaian di mana
Ikmal memberitahu hasrat hatinya kepada Salsabila.
Maaf.bukan cinta insan semata-mata, kerana semuanya mesti berasaskan cinta kepada Illahi.
:)




Baik. Ehem ehem. Bertukar kepada 'mode' santai. Saya mungkin akan khatamkan buku ini dalam masa sebelum Hari Raya Haji nanti. InsyaAllah. 
Mahu menerjah apa isi kandungannya? Subhanallah. Semoga mampu saya petik beberapa pengajaran darinya. Ya, saya mahu kerana saya sungguh cintakan bahasa ibunda juga. Bahasa penjajah? Juga suka., demi kemajuan diri, bukan? Mungkin kerana faktor global dunia kini. :)


oh abaikan Facebook yang saya gunakan sebagai medium untuk mempromosi buku itu.hehe
Terima kasih, Syed!
Buku itu telah mengeluarkan cahayanya di dalam hati saya. XD

gambar tidak mencerminkan si gadis yang sungguh Islamic dalam ceriteranya. hehe


Baik. Masa untuk mengundur diri dan meluahkan rasa rindu di hati. Yang membungkam kepada buku tersebut.
Mahu sambung bercinta dengannya.atau mungkin bersama Kamil yang kacak. hehe
Wassalam. ^.^
Sila LIKE! XD

4 comments:

asy.z said...

oh, saya sudah baca novel ini. sangat menarik dan bagus jalan ceritanya. dan betul betul membuatkan saya ingin berasa untuk bertutur dalam bahasa melayu baku. (ai, agak hancur bm aku. hahahaha).

-kerja tuhan, siapa tahu? <---- love this quote! hehehe

Sarah_Saadi said...

terima kasih, Asyraf.eh eh, tak perasan pula bahawa orang yang bertutur dlm bm baku ini rupanya the angel of death. thehehee. bagus kan?
saya tahu kamu suka buku bukan? heee~

inSan leMoh sEgalo2nyo said...

ala sarah aku dh bace novel n taun lepas lagi ngeh..ngeh..
2 hari dan 1 mlm all clear :)
faizal tehrani mmg hebat..
jom cari betik mude :)

Sarah_Saadi said...

huhuhu. behim, best gile key novel nih? hehe
tu la. kalu aku tau mu ado, aku pinje doh nge mung. hehehe