.WELCOME


.mood .


Thank you thank you thank you! :D .

Monday, November 15, 2010

Hello, home sweet home! Vacations, I'm in!! :D



Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah pembuka bicara. 
Nak tau kenapa terasa ayu dan ayu? sebab sudah beberapa kali post dan entries saya di-delete berkali-berkali.
nak tau kenapa? sebab saya tak nak merapu sangat. kenapa? sebab semua post saya keluar dekat FB. tau taak? kuar dekat FB? maka, duka citanya beta memerah otak dan menulis (eh, laptop boleh tulis?), dan beta menggunakan dua-dua belah otak untuk membuka blog dan publish. ye lah, ramai kawan kat fb. sbb dh terjoin blognetwork dekat fb. haha. pdn muka!


ok.ok. kembali kepada topik asal. sesungguhnya saya sudah berada di rumah sekarang. ya, rumah manis rumah., maka, saya cuma berasa pelik. dan,saya mahu mengubah habit lama yang buruk amat amat kepada sesuatu yang positif.


contoh:
1) bangun awal pagi. (mak ayah muka pelik tengok anak dara nih bangun pagi. hahahahha)
2) kemas-kemas rumah. (ehhh dua kali muka pelik. hahahha)
3) basuh baju sampai kosong bakul! ( muka pelik kuasa tiga. haha)
4) tak garang-garang dah. (eh, tipu. cuma dah kurang sikit la. haha)
5) dah kurang melekat dengan laptop. (btw, post kat blog ni sebab mak ayah tak ada kat rumah. hehe)
6) ehh sudah sudah. sudah2lah memalukan diri sendiri, cik Sarah oi. :P

ibu, ayah, terlalu banyak kekurangan diri ini. tolonglah terima saya dalam doa kalian. dan, tolonglah ampunkan salah silap saya. hopefully, result sem ni saya dapat gembirakan mak ayah. adik2, sorry, tak dapat jadi kakak yang baik. sesiapa jua, maafkan diri ini yang serba kekurangan. kadang2 muka tak reti kontrol kalau hati tengah marah. :/  lagi, maaf juga kalau muka ni nak cakap banyak buat ada yang terasa nak bagi pelempang-free-seketol-belum-cukup. mesti ada kan? hahaha. tau lah muka ni annoying. tak ape., muka annoying ini juga sayang kamu. ngaaaa~   :D   :D


ok lah. nak letak sikit gamba-gamba yang saya sayang dalam senyap. :P
(oi, aku memang ego.haha)


ni hah boyfren baru. tapi tak bolek kawen. hahaha
location: Ampang
time: 12 mignight.
mood: hungry+sleepy+tired tahap tertidur masa makan.
 
abaikan muka saya di tepi mama yang memaksa diri keluar dengan family walaupun
mata bengkak, badan penat, mata ngantuk, mata letih, (eh apesal mata ulang banyak kali??) 

masa tengah gila dengan assignments.
so amik gamba supaya tidak mengulang benda serabut yang sama untuk next sem. XD
budak gemuk iniii. budak gemuk ini belum mandi. ini gambar panas lagi baru tangkap tadi.
maklumlah, ni first day di rumah.
budak ini akan meminta saya buatkan air milo pagi2 walaupun tak sedap.
hahaha.
dan, peminat setia lagu InsyaAllah. walaupun dia tak kenal siapa Maher Zain :D

maaf! muka annoying nak mencapap jugak. haha XD
hanya buku ini peneman saya dalam bas semalam yang takda aircond hampir 10jam.thanks Syed.
yang panas macam suam2 kuku. ber-spa dalam bas. spa dan sauna free weh :D


semalam sampai Kelantan dalam pukul 7.15 kot. so, saya tengok KB dah maju. dah maju. dah maju. (wajib ulang tiga kali demi kepuasan). maka, saya berbangga dengan negeri sayo sedighi. jolo doh boh. haha


eh okay okay. mahu menjadi wanita ayu dan melayu terakhir lagi, sebab kena mandikan adik. akan saya berubah menjadi kakak yang tidak bising2 dalam bilik air marahkan adik bila adik suka basahkan baju aku yang dia cedok dari baldi. wallaweeeehhhh! hahaha. sabar sabar! (walaupun baju beg tak cukup baju lah, dik). lagi, aku nak naik suara bila adik perempuan yang form3 suka buat adik kecik empat tahun menangis melalak dalam rumah. menangis tak sudah sudah. sengaja nak buat budak menangis. wehh sudah sudah. saya memang gaya mak tiri kat rumah., maka, anak-anak kemudian juga begitu ye? hahaha. 


ok bye. friends, plz enjoy ur vacation! appreciate ur  wonderful moment with family!
have a good day! wslm :D Sila LIKE! XD

No comments: