.WELCOME


.mood .


Thank you thank you thank you! :D .

Friday, May 7, 2010

. Saya Mesti Bersyukur .


Bismillahirrahmanirrahim.

kawan-kawan, saya ni selalu ada rasa resah gelisah apabila saya
memikirkan sesuatu masalah. sememangnya saya perlu mengajar dan
mengingatkan diri agar bersyukur dengan segala pemberian dari NYA :)
bukanlah setakat yang tersenarai sahaja, kerana
pemberiannya terlalu banyak, bukan?
nak disenaraikan, memang habis dakwat kat laptop. (?)
dan, kalau saya tak pikir positif macam ni, memang muka
saya tak boleh nak senyum. (muka macam orang mati suami je nanti) -__-

1) saya bersyukur kerana dilahirkan dalam keluarga Islam.kalau tak, saya
takkan kenal sape Allah T__T
2) saya bersyukur kerana mempunyai mak ayah yang baik, memahami saya. kalau tak memahami "kehendak saya sebagai pelajar"(ayat poyo), mana nak dapat laptop.
3) saya bersyukur kerana masih sempat kenal dengan nenek sebelah ayah, walaupun jarang sangat orang akan tahan dengan mulut nenek. :P
4) saya bersyukur dengan menjadi diri saya hari ini yang tak seberapa, kerana kalau saya kaya, mungkin selalu ada orang nak rompak saya. kan? kan?
5) saya bersyukur kerana menjadi anak kepada encik Saadi yang sangat lah sporting!
6) saya bersyukur dikurniakan rakan2 dan sahabat2 yang amat baik hati!
7) saya bersyukur kerana saya tahu masih ada orang rindukan saya!terima kasih kawan2 :)
8) saya bersyukur berada di bumi Kelantan yang mempunyai seorang ulamak terkemuka.
9) saya bersyukur kerana saya masih mampu menutup aurat, kerana ramai lagi orang lain
yang berstyle dengan free hair.
10) saya bersyukur kerana pernah mempunyai seorang ibu yang sangat menyayangi saya.
11) saya perlu bersyukur kerana ibu saya telah "pergi", kerana kalau ibu tak
pergi, saya tak akan pernah berdikari sendiri. mesti sampai sekarang, ibu
masih mandikan saya, korek telinga saya. :P
12) saya perlu bersyukur kerana masih mempunyai sifat sabar, walaupun
marah saya memang tahap keluar asap ikut telinga! saya masih boleh sabar macam Sabariah.
13) saya perlu bersyukur kerana mempunyai ibu tiri.kalau tak, mana akan ada adik kecik yang sekarang ni :)
14) saya bersyukur kerana saya seorang yang sangat tabah, walaupun hati saya sangat mudah
memberitahu mata untuk keluar "hujan".
15) saya bersyukur kerana hidup di Malaysia. kalau kat Thailand ke (sebelah ni je),
saya mungkin menjadi pemberontak dengan Kumpulan Baju Merah. (even sekarang dah banyak kumpulan warna dah yang memberontak.huhu)
16) saya bersyukur kerana masih diberi peluang untuk bernyawa dari Allah, walaupun tiap hari, saya banyak melaukan dosa. T__T
17)saya mesti bersyukur saya tidak mempunyai penyakit2 yang kronik.kalau tak,
kena la terlantar di ICU. Nauzubillah.
18) saya bersyukur dilahirkan di kampung. kalau kat bandar, mesti muka saya mcam ayam berak kapur, sebab sangat stress dengan bermacam-macam pencemaran.
19) saya bersyukur dikenalkan dengan Awwab, sebagai kawan terbaik saya :)
20) saya bersyukur diberi laptop oleh ayah, kerana saya tak akan mampu reti menaip secara praktikal.haha! kalau tak,buta IT la weyy.
21) saya bersyukur mempunyai broadband, kerana saya boleh keep in touch dengan kawan2,
di samping jimat krdit nak sms. (kedekut!)
22) saya bersyukur masih boleh bertutur dan menulis dalam bahasa inggeris,
walaupun subjek lain, saya tak terer. -__-''
23) saya bersyukur boleh tamat sekolah menengah tanpa tercalon sebagai pelajar yang bermasalah.
24) walaupun saya tak terer sangat, saya masih boleh berada dalam
kumpulan pelajar yang average sahaja, dan bukanlah antara
pelajar yang tercorot. -__-
25) saya bersyukur masih bleh berbahasa kelantan, kerana
mungkin ramai yang tak reti berbahasa negeri cik siti wan kembang ini.
(demo ingat sene ko wei nok kecek kelate?haha)
26)saya bersyukur diberi peluang berada di UIA, kerana
saya hanya apply UPU (universiti sahaja), borang lain mcam matrik, saya
langsung tak mintak. (konfiden je kau dapat masuk)
27) saya bersyukur mempunyai kemahiran memasak yang sangat2
tak perlu dipuji.kalau terer sangat masak, kena la masak hari2.
tak pun, kena masuk pertandingan masak kat tv, bersama BABAS. ^^
28) Saya bersyukur saya tak amik short sem di Gombak.kalau tak,dah lama la
berstruggle dan langsung tak boleh nak update blog sangat macam sekarang.
29) saya bersyukur mempunyai sifat yang peramah dan baik hati,
sehingga ada mak cik nak target saya jadi menantu dia.
30) saya bersyukur mempunyai adik yang nakal, kerana dia memang mencabar
kesabaran saya, dan memberikan saya PAHALA FREEEE.

Okaylah. setakat ini dahulu. nanti kita tambah lagi bila diri ni lupa nak bersyukur okay?
saya rasa terlalu banyak diri ini mengeluh, walaupun rahmatNya dikurniakan
setiap masa.
saya sudah bersyukur(walaupun sedikit),.anda bagaimana?


Sila LIKE! XD

No comments: