.WELCOME


.mood .


Thank you thank you thank you! :D .

Wednesday, April 14, 2010

. Nukilan untuk kekasih hati .



Hujan. sudah lama tidak hujan.
sekering fenomen El-nino yang 
mengeringkan permukaan bumi ini.
begitu juga luka di hati.
walaupun begitu banyak dugaan dan cabaran, hidup mesti diteruskan.
walaupun sedih di hati, manusia lain tak perlu tahu.
walaupun hati ini banyak berbuat dosa dan noda,
DIA yang Maha Kaya, Maha Mengetahui,
bersedia untukmu, jika kamu menagih kasih pada-Nya,
mendambakan pengampuna-Nya.

walaupun kamu cakap kamu sygkan Dia,
kamu tak tunjukkan kasih sayang kamu padanya.
alangkah sedihnya Dia, kerana terlalu banyak memberi
kepada manusia yang lupa dan alpa untuk bersyukur;
bertasbih pada-Nya.

Orang di sekeliling begitu ramai menyayangimu,
tapi, apakan daya, dalam keramaian itu,
hatimu masih lagi terguris dan luka.
Namun, Dia di situ,
menunggumu datang pada-Nya, 
mengadu pada-Nya, 
dan berkongsi kasih padaNya.,
menangis agar diampunkan,
bukanlah terus sombong dalam kehinaan dan kebodohan.


Allahu Rabbi,
seindah 99nnama-Nya,
terselit nama-nama tersebut di dalam kitab suciNya,
meminta dan berharap agar engkau menyebutnya di sanubari.
fikrah yang dikurniakan-Nya belum membuatkan kamu sebagai
golongan Albab, sepertimana yang disebut dalam buku cinta-Nya.

Ya Allah ya Rabbi, 
faghfirlana dzunubana ya Allah..
faghfirlana..


p.s: sesungguhnya semua peristiwa yang berlaku disekeliling kita
akan terjawab kelak dengan 1001 hikmah dari Maha Pencipta.
oh Tuhan, ajarku setiap detik ku dengan kebijaksanaan Mu.

salam sayang untuk semua. 


                                              saya amat tenang melihat gambar ini. alhamdulillah~
                                     jarak yang paling dekat dengan kekasih hati adalah
                                              ketika sujud. sangat benar .



la tahzan. innallaha maa'na.
wallahu a'alam.



Sila LIKE! XD

No comments: