.WELCOME


.mood .


Thank you thank you thank you! :D .

Thursday, November 5, 2009

::: Jika Aku Jatuh Hati :::





Kami berdoa untuk-Mu Ya Rabbi...Berikan kami jodoh yang terbaik..
Mungkin mata hati kami ditutupi oleh panahan syaitan yang dilaknat olehMU.Oleh itu, Kau jua yang mengetahui yang terbaik.Kurniakan kami seorang lelaki yang halal bagi kami dan mampu membimbing kami ke jalanMU..Jangan Kau jauhkan kami dari Mu ya ALLAH.Jauhilah kami dari kerugian agar sisa hidup kami ini mampu menebus dosa kami selama kami hidup dan membuatkan cinta kami melebihi cinta pada manusia lain. Ya ALLAH,mungkin pada masa ini kami begitu sedih,namun Engkau mengetahui yang terbaik bagi kami. Apa jua yang berlaku kepada kami dalam kehidupan seharian akan kami sandarkan padaMU ya Rahman. Kami tak layak ke syurgaMU,namun kami jua tidak sanggup ke nerakaMU yang amat menyakitkan ke atas hambaMU yang tidak beriman. Ya ALLAH, dekatkan hati kami kepada MU.. Jangan tutupi mata hati kami dengan segala hawa nafsu syaitan,degan kehidupan duniawi sahaja. Jangan Kau jauhi kami dari rahmatMU ya ALLAH. Kami lupa,kami leka dengan kehidupan duniawi. Meskipun kami adalah umat akhir zaman, jadikan kami dari golongan yang bakal berjumpa denganMU.. Kerana mungkin amatlah sedikit golongan yang beriman dan bertaqwa. Jadikan kami dan keluarga kami sebagai golongan yang soleh dan solehah. Semuanya milikmu. Akan kami sandarkan segalanya kepada MU.Kepada segala sifat2 Mu...Engkau Maha Besar ya Rabb..
Hati kami begitu tersentuh mengetahui bahawa DNA juga bertawaf dalam diri kami.. Semua makhluk menyembahMU dan hanya kami yang leka dan lalai dari mengingatiMU. Ampunkan kami Ya Rahim...

Masa berganti masa. Hari berganti hari. Insya ALLAH suatu hari nanti akan kami bina sebuah masjid. Namun, sekarang ini,kami jua belum tentu dengan jodoh kami.Engkau yang mencatat segalanya di luh mahfuz. Engkau telah menjanjikan perempuan yang solehah akan mengahwini lelaki yang soleh. Jadikan kami pasangan yang beriman dan mampu menjadikan keluarga kami terlepas dari api nerakaMU ya ALLAH..

Doa kami:

"YA ALLAH,jika kami jatuh cinta,jatuhkan cinta kami pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMU agar bertambah kekuatan untuk mencintaiMU.
YA MUHAIMIN,jika kami jatuh hati,izinkan kami menyentuh hati seseorang yang taat padaMU agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta MU..
YA RABBANA,jika kami jatuh hati, jagalah hati kami agar tidak berpaling dariMU..
YA RABBUL IZZATI, jika kami rindu,rindukan kami pada seseorang yang merindui untuk berjihad di jalanMU..
YA ALLAH,jika kami jatuh hati pada kekasihmu,jangan biarkan kami menyintainye lebih dari cinta kami kepadaMU..dan jangan biarkan kami bertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadamu..
AMIINN...." T_T

Jika di waktu remaja ini kami belum menjumpai jodoh kami,jangn biarkan kami bersedih..Jika tiada jOdoh di dunia,kami percaya padaMU bahawa jodoh kami juga telah tersedia di syurga kelak..Terima kasih ya ALLAH..Kami mensyukuri MU lebih dari sekadar kata2..Terima kasih kerana mengurniakan kami sahabat2 yang mampu memberikan kami bahu mereke untuk kami mengadu kasih selainMU ya ALLAH. Terima kasih ya ALLAH...Terima kasih...Amin ya Rabbal alamin..Redai persahabatan kami sehingga di akhirat nanti,insyaALLAH... :) Sila LIKE! XD

No comments: