.WELCOME


.mood .


Thank you thank you thank you! :D .

Tuesday, February 1, 2011

Perang dalam Kalbu.

Perang.

Perang dalam diri yang bertelagah antara satu sama lain. Perang yang memeritkan hati aku untuk memilih yang terbaik, berdasarkan syariat-Nya. Tuhan, bantu aku.

Jika mendapat hati yang keluh kesah memilih antara yang baik dan yang lebih baik, sememangnya yang terbaik akan dipilih, bukan?
Jika hati diberi untuk memilih kesedihan dan kegembiraan, semestinya kita perlu memilih KEGEMBIRAAN, bukan? :)

Namun, hati manusi berbelah bagi. Aku manusia biasa. Kita, juga manusia biasa. Kerana itu ayat Tuhan diberi dan diajar kepada Rasul agar mengajar umat manusia akan doa supaya tidak dibolak balikkan hati. Bukan?
Maafkan aku kerana sudah lupa surah mana dalam buku Tuhan yang penuh mukjizat itu.

Aku. Ya, aku. Aku sedang bermonolog dalam hati agar kuat. Dan disuntik semangat serta kekuatan diri. Ya, wanita sungguh kuat. Lelaki terkenal dengan kekuatan fizikal, otot besar-besar. Wanita pula, tangan dan jari yang lembut, tapi mampu menggoncang dunia dan iman lelaki. Pernah dengar?
Clice juga. Namun, ada benarnya. Lihat pada makna istilah dan lebihkan kepada makna teknikal.

Ya Tuhan, hidup perlu diteruskan dengan segala wahana kehidupan. Siapa tahu jika Cinderella akan bertemu dengan Putera Katak Kacak lagi charming? Bukan? :)

Hidup ini sementara. Bekalkan bekal kehidupan dengan tupperware yang besar-besar dan cukup lauk ya? Kemudian hari, tidak pelu mengeluarkan syiling untuk membayar bil.Hehe.


p.s: Mahu kembali ke zaman SPM  untuk mengambil Bahasa Melayu Sastera.


Aku rasa, aku CINTAKAN bahasa. :)
Sila LIKE! XD

No comments: