.WELCOME


.mood .


Thank you thank you thank you! :D .

Wednesday, November 3, 2010

Ceritera Sofia Sarah :)



Pagi yang damai. Hati tenang. Seindah suria semalam yang menyinari alam, dengan sunnatullah dariNya.  ‘’Ya Tuhan, tunjukkan ku jalan. Berikan ku senyuman. Pimpinlah aku. Jika dia yang benar, rapatkanlah.  Namun jika bukan, jauhkanlah. Jauhkan rasa kasih sayang ini sehingga ke langit ketujuh. Jauhkan kami dari segala kemanisan duniawi, jika semuanya hanyalah mengheret kami ke nerakaMu ya Allah,’’ bisik hati Sofia Sarah.

Hatinya berbisik rindu kepada jejaka yang bertakhta di hati.  Namun, rindu yang membungkam di dada perlu dikawal agar tidak melebihi rindu kepada yang Maha Esa. Bisik hatinya, “ya Tuhan, kuatkan hatiku demi semua  ini agar di jauhkan dari kesedihan dan kelalaian, lalu mendapat cinta sejati Mu di hari muka kelak. “

Lalu Sofia Sarah bersujud di tikar sejadah kepada kekasih hati yang lebih berhak. Bertakbir dan bertahmid  untuk solat Subuh.  Memohon, merintih kepada yang Esa. Hati berbisik rindu. Rindu kepada manusia sahaja, yang mungkin memberikan kebahagiaan yang sementara sahaja. Namun semuanya perlu dikawal. Hatinya beristighfar. Dia teringat kepada kata-kata pujangga bahawa cinta bisa membawa bencana dan bala. Namun, sudah tentu kasih sayang Allah Maha Adil dan Bijaksana. Oleh itu, segala kesedihan perlu dijauhi. Dia tahu bahawa rasa cinta yang singgah di hati kala ini tidak perlu dilayan, jika mahukan cinta yang Esa. Dia bingkas bangun mencapai mathurat di dalam laci berwarna merah berona lembut. Hatinya rindu. Rindu kepada yang Esa. Dia tahu, cintanya mesti berpaksikan kepada Tuhan yang Esa. Lagi, dia tahu bahawa rindu itu bisa dikawal selagi mana cintanya itu mempunyai matlamat demi mawaddah untuk usrah yang abadi.


Pukul 7.30- dia terlelap di katil empuk. Dia dibawa melayang ke alam mimpi di mana wajah gemulah ibunya bertandang ke sisi. Dia hanya sempat melihat ibunya tersenyum semanis gula dan senyap tidak berkata apa-apa. Namun, senyuman itu sudah cukup baginya. Hatinya tersenyum girang, walaupun muncul kebingungan di benak hatinya dengan kehadiran ibunya yang sudah tiada. Dia tidak sedar bahawa segala ini hanyalah mimpi. Dia menjerit, ingin memanggil ibunya. Namun, sekelip  mata sahaja air matanya tumpah kerana ibunya telah hilang dalam satu saat yang lalu. Dia berlari. Berlari mengejar ibunya dengan sungguh payah. Dia menjerit, “Ibu, jangan tinggal Sofia! Sofia ingin ibu disisi Sofia! Sofia sudah besar sekarang, Bu! Sudah reti memasak, sudah reti menjaga adik-adik, Bu. Dan, Sofia sudah reti belajar Bahasa Inggeris, Bu! Ibu cakap, itu bahasa penjajah, bukan? Ibu, tunggu Sofia! Mana ibu pergi??  Sofia rindu ibu! Ibuuuu! ‘’ . Suara Sofia bergema di alam mimpi.

Namun, semuanya hanya tinggal air mata. Dia bingkas bangan dari lena bersama mimpi yang menghanyutkannya. Dia bingkas duduk. Air mata berkucuran membasahi pipi, turun ke tulang pipi lalu singgah di bibir yang mungil berwarna merah jambu. Dia mewarisi kecantikan wajah ibunya yang turut menjadi kegilaan pemuda kampung suatu masa dahulu. Sofia Sarah secantik namanya juga menjadi kesukaan kawan-kawannya di kolej.
Sofia Sarah dan rakan-rakannya. Mereka mempunyai ukhuwwah yang utuh, selama mana mereka pernah berkongsi suka duka dalam hidup. Selama mana mereka pernah bergaduh, berbaik, dan terus berbaik sehingga ke hari ini. Masing-masing memanjat kesyukuran demi kekuatan ukhuwwah dari Illahi.


OI, CERITA BAKAL BERSAMBUNG. TEHEHEHEHE ;D
Sila LIKE! XD

No comments: